Friday, June 12, 2020

Mesej Kerahiman Ilahi Adalah Mesej Injil - Suatu Perkongsian


Kerahiman Ilahi adalah Belas Kasihan Allah kepada orang berdosa.  Injil adalah wahyu yang disampaikan dalam Yesus Kristus, bahawa Allah berbelas kasihan kepada orang berdosa.”(KGK:1846). Bapa Suci Benedict menegaskan bahawa Kerahiman Ilahi adalah inti kitab suci, jadi devosi kepada Kerahiman Ilahi adalah sesuatu yang wajib, untuk memperoleh keselamatan kekal. Menolak Kerahiman Ilahi bererti menolak Injil. Menolak Injil bererti menolak Yesus. Oleh itu Kerahiman Ilahi bukanlah suatu pilihan, tetapi WAJIB.
Jika mesej Kerahiman Ilahi yang disampaikan oleh Tuhan kepada umat manusia melalui St.Faustina itu adalah tentang kerahiman ilahi, yang adalah inti Kitab Suci, mengapa dia mengutus Santa Faustina lagi? Adakah Yesus memberikan Injil baru? atau menggantikan Injil yang sedia ada? TIDAK! kerana itu adalah mustahil. Jadi, mengapa?
Gereja mengajarkan kepada kita tentang misteri penyelamatan umat manusia. Pada mulanya manusia dicipta, tujuan Tuhan mencipta manusia adalah agar manusia itu dapat mengambil bagian dalam kehidupan-Nya yang bahagia di surga. Tetapi..... manusia jatuh ke dalam dosa! Apa akibatnya? Manusia dihalau dari surga, tetapi Tuhan menjanjikan seorang Penebus bagi manusia, bagi menebus anak-anak Adam dari dosa-dosa mereka. Apa rencana-Nya? Dia mengutus Anak-Nya Yesus turun ke bumi, menderita, menanggung dosa-dosa kita, dengan mati di kayu salib, agar kita beroleh penebusan iaitu pengampunan dosa. Dengan itu, kita boleh kembali kepada Bapa di surga.
Karya penyelamatan ini mulai dinyatakan dengan jelas sejak kelahiran Yohanes Pembaptis. Nabi yang diutus mendahului Yesus untuk mempersiapkan suatu umat yang layak bagi Tuhan. Apa yang dilakukan oleh Yohanes Pembaptis? Apa misinya? (Luk.1:76) Yohanes MENGAJAR, memberikan pengertian kepada semua orang bahawa keselamatan kekal itu datang dari Belas Kasihan Allah yang mahu mengampuni dosa-dosa. Hanya dengan pengampunan dosa sajalah manusia dapat diselamatkan, tetapi pengampunan ini hanya boleh diperoleh dari belas kasihan Allah. Dia mengajar kepada umat manusia bahawa untuk mendapatkan belas kasihan Allah, untuk mendapatkan pengampunan dosa adalah dengan mengakui kesalahan-kesalahan atau dosa-dosa. Inilah yang dimaksudkan dengan PERTOBATAN. Pertobatan yang ditandai dengan baptisan. Apabila seseorang dibaptis, seluruh dosa-dosanya akan hilang dan inilah yang dilakukan oleh Yohanes, iaitu kita harus memohon belas kasihan Allah untuk mendapatkan pengampunan dosa. Ajakan Yohanes adalah “Bertobatlah, mintalah dirimu dibaptis.” Pertobatan itu sendiri bermaksud “Mengaku dosa dan memohon pengampunan”. Dan baptisan itu adalah tanda pembersihan dari dosa.
Sepanjang Yesus menjalankan karya-Nya selama lebih kurang tiga tahun, Yesus tidak pernah berhenti meneruskan mesej yang sama. Yesus berusaha menerangkan bahawa Dia adalah Tuhan yang berbelas kasihan. Dia tidak mahu menghukum manusia, malah Dia mahu mengampuni dosa, sehingga Dia memberikan kuasa kepada para Rasul untuk mengampuni dosa. Pada hari terakhir, hari yang ke-40, di mana Yesus naik ke surga, Dia sempat berpesan kepada para Rasul. “Tentang pertobatan dan pengampunan dosa harus disampaikan ke seluruh pelusuk bumi.” Perintah terakhir ini menjadi Visi dan Misi Gereja sehingga ke hari ini, sehinggalah kedatangan Yesus yang terakhir.
Mesej tentang pertobatan dan pengampunan dosa oleh belas kasihan Allah ini dipertegaskan sekali lagi melalui Santa Faustina, tetapi kali ini, sepertinya tidak ada masa lain yang akan datang lagi, sekarang adalah masa kerahiman, masa terakhir sebelum kedatangan Tuhan Yesus. Sebab dengan jelas Tuhan mengatakan kepada Santa Faustina bahawa Dia mengutus Faustina sebagai Rasul Kerahiman Ilahi untuk mempersiapkan kedatangan Yesus yang kedua. Tidak ada masa persiapan lain lagi.... sekaranglah masa itu, Masa Kerahiman. Yesus berkata kepada Santa Faustina, “Tulislah: sebelum Aku datang sebagai Hakim yang adil, lebih dahulu Aku akan membuka lebar-lebar pintu kerahiman-Ku. Dia yang tidak mau masuk melalui pintu kerahiman-Ku harus masuk melalui pintu keadilan-Ku ...” (1146).  “.... Aku memperpanjang masa kerahiman bagi mereka. Tetapi, celakalah mereka kalau mereka tidak menyadari masa kunjungan-Ku ini.”(1160).
Allah itu berbelas kasihan, Dia mahu mengampuni dosa-dosa manusia yang berdosa, sekarang adalah masanya..... selagi ada masa kerahiman, masa belas kasihan. Belas kasihan Allah tidak terbatas, tetapi masa belas kasihan itu terhad. Percayalah kepada Kerahiman Ilahi, berharaplah kepada-Nya. Tetapi..... persoalannya adalah “Bagaimana mendapatkan belas kasihan Allah” ini? Caranya mudah, semudah ABC. A = Ask for Mercy: Kita harus memohon belas kasihan dari Allah. B = Be Merciful to other: Kita harus berbelas kasihan seperti Bapa. Sebab Tuhan berfirman dalam Injil bahawa “Jika kita tidak mengampuni kesalahan orang lain, maka Bapa di surga juga tidak akan mengampuni dosa-dosa kita.” dan lagi perbuatan belas kasihan, perbuatan kasih, menutupi banyak sekali dosa. C = Completly Trust to God’s Mercy: Rahmat dan belas kasihan hanya boleh diperoleh dengan kepercayaan kita. Tanpa “Percaya”, jangan harap kita boleh mendapatkannya.
Dalam masa kerahiman ini, masa terakhir, masa sudah dekat.... kita diajak oleh Yesus agar terus menerus berseru kepada Kerahiman Ilahi, tanpa henti, memohon belas kasihan Allah bukan hanya untuk diri kita sendiri (Gereja Kudus) tetapi juga untuk orang lain iaitu seluruh dunia (di luar Gereja Kudus). Inilah yang harus kita lakukan jika kita percaya kepada Kerahiman Ilahi. Merealisasikan kehendak dan keinginan Allah, iaitu keselamatan jiwa-jiwa supaya menjadi kenyataan. Berdasarkan keinginan Allah ini, kita bekerjasama dengan Roh Kudus untuk menyelamatkan sebanyak mungkin jiwa-jiwa sebelum kedatangan Yesus itu. Cara memohon belas kasihan ini diajarkan oleh Yesus kepada kita melalui Santa Faustina iaitu Devosi Kepada Kerahiman Ilahi. Apa devosi Kerahiman ilahi ini? Devosi ini adalah SARANA atau CARA untuk memohon belas kasihan Allah. Apa saja cara-cara itu? Cara itu adalah Pesta Kerahiman Ilahi, Gambar Kerahiman Ilahi, Novena Kerahiman Ilahi, Chaplet Kerahiman Ilahi dan Jam Kerahiman Ilahi serta penyebarluasan devosi ini kepada orang lain. Kenalilah cara-cara ini, mohonlah kerahiman ilahi, mohonlah belas kasihan Allah untuk seluruh dunia. Buatlah Yesus tersenyum kerana usaha kita dengan berdevosi kepada Kerahiman Ilahi.
Sekali lagi saya tegaskan, bahawa Kerahiman Ilahi bukanlah suatu pilihan tetapi adalah suatu KEWAJIBAN untuk keselamatan kekal...... teladani Yohanes Pembaptis, teladani Santa Faustina, sebagai orang yang mempersiapkan hari Tuhan. Terpujilah Kerahiman Ilahi, terpujilah belas kasihan, terpujilah Injil, terpujilah Kasih, terpujilah Tritunggal Mahakudus, terpujilah Divine Mercy. Shallom... Obot Jeff.