Kerahiman
Ilahi adalah Belas Kasihan Allah kepada orang berdosa. “Injil adalah wahyu yang disampaikan dalam
Yesus Kristus, bahawa Allah berbelas kasihan kepada orang berdosa.”(KGK:1846).
Bapa Suci Benedict menegaskan bahawa Kerahiman Ilahi adalah inti kitab suci, jadi
devosi kepada Kerahiman Ilahi adalah sesuatu yang wajib, untuk memperoleh
keselamatan kekal. Menolak Kerahiman Ilahi bererti menolak Injil. Menolak Injil
bererti menolak Yesus. Oleh itu Kerahiman Ilahi bukanlah suatu pilihan, tetapi WAJIB.
Jika mesej
Kerahiman Ilahi yang disampaikan oleh Tuhan kepada umat manusia melalui
St.Faustina itu adalah tentang kerahiman ilahi, yang adalah inti Kitab Suci,
mengapa dia mengutus Santa Faustina lagi? Adakah Yesus memberikan Injil baru?
atau menggantikan Injil yang sedia ada? TIDAK! kerana itu adalah mustahil.
Jadi, mengapa?
Gereja
mengajarkan kepada kita tentang misteri penyelamatan umat manusia. Pada mulanya
manusia dicipta, tujuan Tuhan mencipta manusia adalah agar manusia itu dapat
mengambil bagian dalam kehidupan-Nya yang bahagia di surga. Tetapi..... manusia
jatuh ke dalam dosa! Apa akibatnya? Manusia dihalau dari surga, tetapi Tuhan
menjanjikan seorang Penebus bagi manusia, bagi menebus anak-anak Adam dari
dosa-dosa mereka. Apa rencana-Nya? Dia mengutus Anak-Nya Yesus turun ke bumi,
menderita, menanggung dosa-dosa kita, dengan mati di kayu salib, agar kita
beroleh penebusan iaitu pengampunan dosa. Dengan itu, kita boleh kembali kepada
Bapa di surga.
Karya
penyelamatan ini mulai dinyatakan dengan jelas sejak kelahiran Yohanes
Pembaptis. Nabi yang diutus mendahului Yesus untuk mempersiapkan suatu umat
yang layak bagi Tuhan. Apa yang dilakukan oleh Yohanes Pembaptis? Apa misinya?
(Luk.1:76) Yohanes MENGAJAR, memberikan pengertian kepada semua orang
bahawa keselamatan kekal itu datang dari Belas Kasihan Allah yang mahu
mengampuni dosa-dosa. Hanya dengan pengampunan dosa sajalah manusia dapat
diselamatkan, tetapi pengampunan ini hanya boleh diperoleh dari belas kasihan
Allah. Dia mengajar kepada umat manusia bahawa untuk mendapatkan belas kasihan
Allah, untuk mendapatkan pengampunan dosa adalah dengan mengakui kesalahan-kesalahan
atau dosa-dosa. Inilah yang dimaksudkan dengan PERTOBATAN. Pertobatan yang ditandai dengan baptisan. Apabila
seseorang dibaptis, seluruh dosa-dosanya akan hilang dan inilah yang dilakukan
oleh Yohanes, iaitu kita harus memohon belas kasihan Allah untuk mendapatkan
pengampunan dosa. Ajakan Yohanes adalah “Bertobatlah, mintalah dirimu
dibaptis.” Pertobatan itu sendiri bermaksud “Mengaku dosa dan memohon
pengampunan”. Dan baptisan itu adalah tanda pembersihan dari dosa.
Sepanjang
Yesus menjalankan karya-Nya selama lebih kurang tiga tahun, Yesus tidak pernah
berhenti meneruskan mesej yang sama. Yesus berusaha menerangkan bahawa Dia
adalah Tuhan yang berbelas kasihan. Dia tidak mahu menghukum manusia, malah Dia
mahu mengampuni dosa, sehingga Dia memberikan kuasa kepada para Rasul untuk
mengampuni dosa. Pada hari terakhir, hari yang ke-40, di mana Yesus naik ke
surga, Dia sempat berpesan kepada para Rasul. “Tentang pertobatan dan
pengampunan dosa harus disampaikan ke seluruh pelusuk bumi.” Perintah
terakhir ini menjadi Visi dan Misi Gereja sehingga ke hari ini, sehinggalah
kedatangan Yesus yang terakhir.
Mesej
tentang pertobatan dan pengampunan dosa oleh belas kasihan Allah ini
dipertegaskan sekali lagi melalui Santa Faustina, tetapi kali ini, sepertinya
tidak ada masa lain yang akan datang lagi, sekarang adalah masa kerahiman, masa
terakhir sebelum kedatangan Tuhan Yesus. Sebab dengan jelas Tuhan mengatakan
kepada Santa Faustina bahawa Dia mengutus Faustina sebagai Rasul Kerahiman
Ilahi untuk mempersiapkan kedatangan Yesus yang kedua. Tidak ada masa persiapan
lain lagi.... sekaranglah masa itu, Masa Kerahiman. Yesus berkata kepada Santa
Faustina, “Tulislah: sebelum Aku datang sebagai Hakim yang adil, lebih dahulu Aku
akan membuka lebar-lebar pintu kerahiman-Ku. Dia yang tidak mau masuk melalui
pintu kerahiman-Ku harus masuk melalui pintu keadilan-Ku ...” (1146). “.... Aku
memperpanjang masa kerahiman bagi mereka. Tetapi, celakalah mereka kalau mereka
tidak menyadari masa kunjungan-Ku ini.”(1160).
Allah itu
berbelas kasihan, Dia mahu mengampuni dosa-dosa manusia yang berdosa, sekarang
adalah masanya..... selagi ada masa kerahiman, masa belas kasihan. Belas
kasihan Allah tidak terbatas, tetapi masa belas kasihan itu terhad. Percayalah
kepada Kerahiman Ilahi, berharaplah kepada-Nya. Tetapi..... persoalannya adalah
“Bagaimana mendapatkan belas kasihan Allah” ini? Caranya mudah, semudah ABC. A
= Ask
for Mercy: Kita harus memohon belas kasihan dari Allah. B = Be
Merciful to other: Kita harus berbelas kasihan seperti Bapa. Sebab
Tuhan berfirman dalam Injil bahawa “Jika kita tidak mengampuni kesalahan orang
lain, maka Bapa di surga juga tidak akan mengampuni dosa-dosa kita.” dan lagi
perbuatan belas kasihan, perbuatan kasih, menutupi banyak sekali dosa. C = Completly
Trust to God’s Mercy: Rahmat dan belas kasihan hanya boleh diperoleh
dengan kepercayaan kita. Tanpa “Percaya”, jangan harap kita boleh
mendapatkannya.
Dalam masa
kerahiman ini, masa terakhir, masa sudah dekat.... kita diajak oleh Yesus agar
terus menerus berseru kepada Kerahiman Ilahi, tanpa henti, memohon belas
kasihan Allah bukan hanya untuk diri
kita sendiri (Gereja Kudus) tetapi juga untuk
orang lain iaitu seluruh dunia
(di luar Gereja Kudus). Inilah yang harus kita lakukan jika kita percaya kepada
Kerahiman Ilahi. Merealisasikan kehendak dan keinginan Allah, iaitu keselamatan
jiwa-jiwa supaya menjadi kenyataan. Berdasarkan keinginan Allah ini, kita bekerjasama dengan Roh Kudus untuk
menyelamatkan sebanyak mungkin jiwa-jiwa sebelum kedatangan Yesus itu. Cara
memohon belas kasihan ini diajarkan oleh Yesus kepada kita melalui Santa
Faustina iaitu Devosi Kepada Kerahiman Ilahi. Apa devosi Kerahiman ilahi ini?
Devosi ini adalah SARANA atau CARA untuk memohon belas kasihan Allah.
Apa saja cara-cara itu? Cara itu adalah Pesta Kerahiman Ilahi, Gambar Kerahiman
Ilahi, Novena Kerahiman Ilahi, Chaplet Kerahiman Ilahi dan Jam
Kerahiman Ilahi serta penyebarluasan devosi ini kepada
orang lain. Kenalilah cara-cara ini, mohonlah kerahiman ilahi, mohonlah belas
kasihan Allah untuk seluruh dunia. Buatlah Yesus tersenyum kerana usaha kita
dengan berdevosi kepada Kerahiman Ilahi.
Sekali lagi
saya tegaskan, bahawa Kerahiman Ilahi bukanlah suatu pilihan tetapi adalah
suatu KEWAJIBAN untuk keselamatan
kekal...... teladani Yohanes Pembaptis, teladani Santa Faustina, sebagai orang
yang mempersiapkan hari Tuhan.
Terpujilah Kerahiman Ilahi, terpujilah belas kasihan, terpujilah Injil,
terpujilah Kasih, terpujilah Tritunggal Mahakudus, terpujilah Divine Mercy.
Shallom... Obot Jeff.
No comments:
Post a Comment